My Imagination
Hello , Annyonghasayo and Assalamualaikum to all muslim. I am Asna Ayikin, the owner of the blog. I am 14 years old and I am from Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. I am Kpopers too. This blog only for fanfiction. I hope you all enjoy read my fanfic. Have a time to leave a comment too :)
Friday 16 November 2012 with 0 Comment(s)

     Luhan dan Ji Eun adalah kawan baik sejak kecil. Sejak tadika lagi mereka berkawan kerana mereka berdua berjiran. Pada suatu hari, Luhan ingin mengajak Ji Eun pergi ke taman untuk berjalan-jalan. Luhan mengambil kamera Nikon DSLRnya dan terus pergi ke rumah IU.

     Apabila sampai di rumah Ji Eun, Luhan memangil Ji Eun untuk keluar sekejap. 

    "Ji Eun, nak ikut Luhan pergi taman tak?" kata Luhan pada Ji Eun.

    "Taman? Nak buat apa?" tanya Ji Eun pada Luhan.

    "Jalan-jalan. Nak ikut tak?" tanya Luhan balik.

    "Boleh jugak. Ji Eun baru siap kerja rumah. Jap, nak bagitahu omma." kata Ji Eun pada Luhan.

    Luhan hanya mengangguk. Ji Eun masuk ke dalam rumahnya untuk memberitahu ommanya bahawa dia akan ke taman bersama Luhan. dia tidak mahu ommanya risau keman dia pergi. Dia tahu ommanya akan membenarkannya jika dia pergi bersam Luhan. 

    "Omma, Ji Eun nak ikut Luhan pergi taman boleh?" tanya Ji Eun pada ommanya.

    "Boleh. Jangan balik lambat sangat. Pesan pada Luhan sekali." kata omma Ji Eun padanya.

    Ji Eun terus mengambil telefonnya dan terus keluar ke arah Luhan. Ji Eun terus menyampaikan pesanan ommanya kepada Luhan. Luhan hanya mengangguk. Lalu, mereka terus ke taman yang berdekatan dengan rumahnya.
______________________________________________________________________________

Sampai Di Taman

    Luhan duduk di pondok yang disediakan. Ji Eun melihat pemandangan dia taman itu. Luhan merakam gambar Ji Eun. Melihat hasil gambar yang dirakamnya tadi, dia berasa berdebar. Namun, dia pedulikan sahaja. Dia terus merakam gambar kanak-kanak yang sedang bermain dan sebagainya. Dia memandang Ji Eun. Dia merakam gambar Ji Eun sekali lagi. Apabila Ji Eun memandangnya, dia sedang merakam gambar gambar Ji Eun. Dia terkejut Ji Eun memandangnya, lalu mengalihkan pandangannya ke arah lain. Ji Eun datang menghampirinya. Dia berasa berdebar.

    "Luhan, Ji Eun nak tengok gambar yan dirakam Luhan tadi." minta Ji Eun pada Luhan. 

    "Hmm, yelah. Nah, jangan tekan apa-apa." kata Luhan pada Ji Eun.

    Ji Eun hanya tersenyum. Luhan makin berdebar. Luhan hanya memandang Ji Eun yang leka melihat gambar yang dirakamnya tadi. Tiba-tiba Ji Eun memandangnya. Luhan terkejut. 

     "Cantik gambar yang Luhan rakam." kata Ji Eun kepada Luhan.

     "Terima kasih." kata Luhan kepada Ji Eun.

     Ji Eun merakam gambar Luhan. Luhan terkejut. Ji Eun hanya tersenyum. 

     " Dah, jom balik. Nanti omma Ji Eun risau." Luhan mengajak Ji Eun balik.

     "Baiklah bos." kata Ji Eun pada Luhan. Luha hanya tergelak.
______________________________________________________________________________
Di rumah Luhan

     Selepas menghantar Ji Eun pulang ke rumah, Luhan terus pulang ke rumahnya. Lalu, dia terus masuk ke biliknya dan mencapai tuala untuk mandi. Apabila dia selesai mandi, dia mengambil kameranya dan melihat gambar yang dirakamnya petang tadi. Dia melihat satu per satu. 

    "Ji Eun, kenapa awak buat hati Luhan berdebar semacam?" kata Luhan seorang diri sambil melihat gambar Ji Eun di kameranya. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia terus mengangkat panggilan itu.

    "Yobsayo? Luhan imnida." kata Luhan setelah menjawab panggilan itu.

    "Luhan! Ni Ji Eun. Esok pergi sekolah sama-sama tau." kata Ji Eun.

    "Sama-sama? Hmm... Okay." kata Luhan pada Ji Eun.

    "Okay, bye Luhan oppa." kata Ji Eun lalu meletak panggilan.

    Luhan terkejut. Ji Eun memanggilnya oppa? Luhan berdebar. Kenapa mesti perasaan in yang ada padanya? Lalu, Luhan ke bilik air untuk mencuci mukanya. Lalu, terus ke katilnya dan melelapkan mata.
______________________________________________________________________________
Pagi keesokannya...

     Selesai sarapan di rumah, Luhan terus ke rumah Ji Eun. Dia hanya menunggu Ji Eun keluar.

     "Luhan! Dah lama tunggu? Ji Eun minta maaf kalau lambat." kata Ji Eun pada Luhan.

     "Eh.. mana ada. Baru je sampai. Dah siap ke belum?" kata Luhan.

     "Dah, jom." ajak Ji Eun.

    Ji Eun berjalan sebelah Luhan. Luhan hanya senyap kerana tidak tahu untuk berkata apa. Ji Eun pun senyap. Mereka hanya berjalan. Tiada suara antara mereka. 

    "Dah sampai lah." kata Luhan.

    "Ouh. Ji Eun nak masuk kelas dulu. Balik nanti tunggu Ji Eun kat depan sekolah tau." kata Ji Eun pada Luhan.

    Luhan hanya mengangguk sahaja. Dia hanya lihat Ji Eun yang menuju ke kelasnya. Tiba-tiba, seseorang menepuk bahunya. Rupanya Baekhyun. 

    "Luhan! Awek kau ek?" kata Baekhyun kepada Luhan.

    "Eh, ada-ada je kau ni. Tu lah Ji Eun, kawan aku sejak kecil." kata Luhan kepada Baekhyun pula.

    "Ouh.. Baru aku ingat yang kau pernah cerita kat aku pasal dia. Comel orangnya." kata Baekhyun. Luhan tergelak.

    "Dah, jom masuk kelas. Nanti lambat kene denda." Luhan mengajak Baekhyun masuk ke kelas.

    Mereka berjalan bersama-sama masuk ke kelas. Masuk ke dalam kelas, Baekhyun dan Luhan duduk di tempat masing-masing.
________________________________________________________________________________
Pulang dari sekolah...

     Baekhyun menuju ke arah pintu pagar sekolah. Ji Eun sudah menunggunya. Luhan hanya tersenyum. Dia terus berlari ke arah Ji Eun.

    "Luhan minta maaf kalau Luhan lambat." bisik Luhan di telinga Ji Eun.

    "Luhan! Terkejut Ji Eun. Ingat alien mane lah tadi. Jomlah balik. Ji Eun ada banyak homework." kata Ji Eun pada Luhan.

    Dalam perjalanan pulang ke rumah, Luhan ingin menanyakan sesuatu. Tapi, dia hanya pendamkan. Akhirnya, dia luahkan.

    "Ji Eun, Ji Eun suka Luhan tak?" tanya Luhan kepada Ji Eun. 

    "Suka lah jugak. Luhan baik, suka layan kerenah Ji Eun." jawab Ji Eun.

    "Ouh. Thanks jawab." kata Luhan.

    Ji Eun tersenyum. Luhan membalasnya dengan senyumannya. Akhirnya sampai di rumah Ji Eun. Ji Eun hanya tersenyum kepada Luhan. Luhan pun tersenyum. Luhan mahu pulang ke rumah. Tiba-tiba, Ji Eun menjeri nama Luhan.

    "Luhan, Ji Eun suka Luhan. Bye!" kata Ji Eun.

    Luhan terkejut. Dia hanya mampu tersenyum. Sebenarnya memang dia menyukai Ji Eun, namun tak mampu baginya untuk memberitahu Ji Eun bahawa dia menyukainya. Luhan hanya pulang ke rumah.
_________________________________________________________________________________
3 bulan selepas itu...

    Luhan dan Ji eun semakin rapat bagaikan pasangan kekasih. Yang tahu hanya kawan baik Luhan, Baekhyun. Luhan menceritakan segalanya kepada Baekhyun kerana Baekhyun lah kawan baiknya dari sekolah rendah.
    "Kalau dah suka, pergi sahaja kat dia. Nanti melepas. Jangan tunggu lama-lama, Luhan." 
    Kata-kata Baekhyun masih kedengaran di fikirannya. Dia bercadang untuk memberitahu segalanya kepada Ji Eun pada hari ini. Dia hanya mampu berserah. Lalu, dia memberitahu Baekhyun tentang cadangannya itu.

     "Baekhyun, aku nak bagitahu Ji Eun hari ni lah." kata Luhan kepada Baekhyun.

     "Bagitahu apa pulak ni?" tanya Baekhyun.

     "Yang aku suka dia. Bolehkan?" jawab Luhan.

     "Ouh. Aku ingatkan apa la tadi. Boleh je. Kau dah yakin dengan hati kau, just go with it. Aku harap kau diterima. Haha." kata Baekhyun.

     "Thanks bro. Kaulah kawan baik aku." kata Luhan.

Akhirnya, mereka hanya tergelak. Mereka terus membuat kerja yang diberi gurunya sebentar tadi.
_________________________________________________________________________________
Pulang dari sekolah

     Luhan menunggu Ji Eun di hadapan pagar sekolah. Hatinya berdebar. Dia berharap semuanya berjalan lancar. Ji Eun datang dekat kepada Luhan. Luhan makin berdebar.

    "Luhan, jom balik." ajak Ji Eun.

   "Okay... Tapi, Luhan nak cakap satu benda. Ji Eun jangan marah Luhan." kata Luhan.

   "Hmm... Okay... Apa dia?" kata Ji Eun.

   "Sebenarnya... Luhan... Suka Ji Eun..." kata Luhan perlahan.

   Ji Eun terkejut. Luhan sudah tahu yang Ji Eun pasti akan terkejut akan pengakuannya. Namun dia hanya senyap.

    "Ji Eun pun suka Luhan juga." kata Ji Eun tiba tiba. Luhan senyap.

    "Ji Eun, can you be mine forever?" kata Luhan sambil menghulurkan sebentuk cincin kepada Ji Eun.

    "Yes! I want to be yours forever! I love you, Luhan! " kata Ji Eun teresak-esak.

    Luhan memeluk Ji Eun. Ji Eun hanya menangis di pelukan Luhan.

    "I try to be yours forever, Ji Eun. I love you until the end of my life. Only you in my heart. I hope i can take care of you forever." kata Luhan.

    Ji Eun hanya tersenyum. Luhan tersenyum. Akhirnya mereka bersama. Mereka berjalan sambil memegang tangan. Tak jauh dari situ, Baekhyun yang mengekori mereka dari sekolah pun hanya tersenyum.
    

Labels:

Refresh . Older Post ►